Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini bertujuan mempromosikan penggunaan secara aman tenaga nuklear dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan. Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung PBB tahun 1953, berkata penciptaan pertubuhan ini dapat mengawal dan membangunkan tenaga atom. Pertubuhan ini dan Ketua Pengarahnya, Mohamed ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 7 Oktober 2005.Pihak media sering merujuk IAEA sebagai "Badan Pengawas Nuklear PBB".IAEA berpusat di Vienna, Austria. Dua "Pejabat Keselamatan Serantau" terletak di Toronto, Kanada; dan Tokyo, Jepun. IAEA mempunyai dua pejabat lain, satu terletak di New York, AS; dan satu terletak di Geneva, Switzerland. Tambahan pula, IAEA mempunyai makmal-makmal di Seibersdorf dan Vienna, Austria; Monaco; dan Trieste, Itali.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

Status perundangan Aktif
Pembentukan 1957
Ibu pejabat Vienna, Austria
Laman sesawang [www.iaea.org iaea.org]
Ketua Yukiya Amano (kini)